Sunday, December 18, 2011

Jam unik yang aku takda

Pernah tak dengar orang kata, kalau seseorang sentiasa memakai jam maknanya dia sentiasa menjaga masa. Tak taulah kesahihannya tu.

Sebabnya aku sendiri pun, kalau nak keluar dari rumah jer mesti pakai jam. Kalau tak pakai tu rasa macam tak lengkap je. Pernah jugaklah terlupa nak pakai tapi rasanya sekali dalam nisbah 100 kali.hehehe. Betapa pentingnya aku dengan jam.

Kalau masa sekolah dolu-dolu, selalu sangat aku meleceh. Asyik tertinggal bas sekolah jerk, akhirnya bapak aku jugak yang hantar . Membazir je bayar tambang bas sebulan. Walau dah dimarah berkali-kali pun, aku tetap camtu. Degil kan. Tapi tu dulu masa kecik-kecik, bila dah masuk zaman kampus, dah boleh cepat pasal kalau lambat pegi kelas malu pulak nak masuk bilik kuliah. Semakin hari aku dah lebih baik dari dulu, hik3...sekarang ni MESTI menjaga waktu. Kalau tak, rugiii wooo...

Kat bawah ni saja je aku letak koleksi jam-jam unik yang aku takde.. =P

Pukul berapa ye pelajar sekalian?? Pukul 10.09 ye.



Bolehlah keluarkan korang punya scientific calculator korang ye kalau tak reti kira


Jam ni sebenarnya menggunakan sistem 24jam tetapi hanya menggunakan angka 1 hingga 12 sahaja. Lagi 2 batang jarum jam tu aku tak tau apa fungsinya.


Errr...tak tau nak komen. Menggunakan Teknologi 'Serakan'.


TX54 Watch merupakan sebuah jam yang sangat unik, kreatif dan menarik. Jam TZ54 ini direka bentuk khas untuk dipakai pada ibujari anda. Jam TX54 hanya akan kelihatan apabila anda mengaktifkannya. Jam TX54 boleh didapati di dalam bentuk nombor digital maka amat mudah untuk melihat waktu pada jam ini.


 Senang je jam ni, cuma kalau nak tengok kena pusing2 la menda alah ni.


Mula-mula baca jam ni mesti asyik nak mengira je garisan hitam tu dah baris ke berapa tapi kalau dah lama-lama oklah kut.


Jam ni dibina dari Lego. Tak pasti macam mana ianya berfungsi.


Sapa yang addicted sangat dengan Facebook, Tweeter bagai silalah beli jam ini.


Locus Clock. Tak tau jugak camne ianya berfungsi. Yang ni boleh tanya orang fizik. =D


Bubble Clock


 Jam tangan berdasarkan kedudukan bulan






1 comment:

YouSOF said...

Fuhh.. Gilaaaa hebat jam² ni!!


Allah Maha Bijaksana.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...