Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri
: Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur
sekarang bila jabatan kau takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak
pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri
: Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi
mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit
saya habis...entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh
bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman
; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam
rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan
tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman
: Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri
: Janganlah menyalahkan saya.Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya
bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara
mereka bekerja. mereka meminggirkan kamiDiri : Dah awak tak melawan?
Iman
: Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula
tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah
meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan
amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman
: Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan
lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman
: Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat
kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang
kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh..saya rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami
minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau
begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan
risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman
: Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan
beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke
pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk
kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah
En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
Sumber
Sekian.
1 comment:
nice story...
satu cara pendekatan terbaru dalam dakwah
Post a Comment