Aku ada berita best untuk korang yang belum tau.
Jika korang merupakan seorang peniaga online yang aktif.
Korang bolehlah apply program ni.
Alhamdulillah aku dah apply hujung minggu lepas.
Terlewat sedikit tau tentang hal ni.
Tapi takpe, asalkan mencuba.
Bagi yang belum tau lagi, haa amik peluang ni.
Ok, kat bawah ni adalah syarat-syaratnya.
i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Ikutkan syarat kat atas ni, alhamdulillah aku ada.
Website .com.my pun dah ada cuma belum launch lagi. heee...
Kalau korang juga memenuhi syarat-syarat di atas, apa tunggu lagi. Cepat apply, nanti dah habis peruntukan.
Walaupun nilainya takdelah besar mana tapi sekurang-kurangnya dapat membantu jugak serba sikit modal korang kan.
Untuk maklumat lanjut dan untuk apply korang boleh klik ni PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
Sekian.