Monday, July 16, 2012

Kisah Seringgit & Seratus Ringgit

Wang RM100 & RM1.00 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet".

Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Sumber
Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...