Sebelum penyerahan tu, Tan Sri Syed Hamid Albar memberikan ucapan. Lepas dari tu barulah beberapa kaunter dibuka untuk orang ramai yang datang seramai lebih kurang 1800 orang sekitar Kota Tinggi. Hanya yang sudah mendapat surat penyerahan sahaja yang akan diberi keutamaan. Pada yang belum dapat, harap bersabar.
Suasana dalam dewan lebih kurang jam 10.30 pagi
ni pada jam 1.00 petang
ok, ni dia rupe baucar tunai tu...
Ni lah hasilnya selepas ditunaikan...macamlah tak penah tengok duit kan..keke
Memandangkan kat situ pun disediakan kaunter CIMB. Jadi orang ramai boleh terus tunaikan cek kat situ jugak. Tak payah susah-susah nak pegi bank esok..
Disebalik penyerahan bantuan saraan ni, ada jugak yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang tidak sistematik oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Diharap perkara ini dapat diambil perhatian supaya penyerahan ini dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Maklumlah ini kali pertama, mungkin mereka tak menjangka suasana akan jadi seperti ini akan berlaku.
Sekian.