Sunday, April 1, 2012

Larangan Menggunakan Perkataan Salam, Akum & Bye


Siapa yang menggunakan perkataan "SALAM"?Apakah maksud disebaliknya? 
Maksud salam ialah : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "salam" (selamat tinggal)
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) (QS : 43:89)

Oleh itu, sebaik-baik perkataan adalah
Gunakanlah ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Jika menjawab salam, jawapan yang betul ialah
 Waalai kumus salam dan bukannya Waalai kum salam.

Jika ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, Assalamualaikum pada AISYAH ye"
 dan bukannya "Kirim salam kat Aisyah ye".

Dan jangan pula menambah-nambah "Tolong kirim salam maut kat dia ye". Walaupun ianya dianggap bergurau tapi ianya telah menyalahi syariat dan berdosa walaupun bergurau.

Selain itu jangan gunakan singkatan Assalamualaikum kepada Akum sebaliknya gunakanlah AS SALAM. Ini kerana perkataan Akum adalah gelaran untuk orang-orang yahudi untuk orang-orang yang bukan yahudi yang bermaksud "Binatang".

Jadi, mulai sekarang gunakan AS SALAM sekiranya ingin gunakan shortform  kerana ianya bermaksud sama dengan ASSALAMUALAIKUM.

Jangan gunakan "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "di bawah naungan pope".

Sumber

Sekian.

7 comments:

Wanie said...

ohhh, bru wanie tahu, Insya-Allah, lps nie akn cuba perbaiki diri ...
terima kasih utk info

KongsiBerita said...

baik!! tq for the info

indexs12 said...

Maklumat yang sangat berguna. perkataan "salam" dah jd tabiat dlm hidup kita nak ubahnya perlukan masa, dan sentiasa beringat.

Dari:
indexs12.

NAL said...

thanks..sama2 lah kita mengubahnya..

Alif said...

Assalamualikum~

Ingin saya bertanya kepada anda kenapa Bahasa Melayu kita ada perkataan 'Salam'? Jadi selama ini, kalau kita kata 'salam', ianya HARAM?

"Assalamualaikum dan SALAM sejahtera."

Think about it. It's all about, at the end of the day, NIAT.

By the way, rasanya jarang kalau pakai Askum, since is sound awkward and wrong. Mostly guna 'salam'.
Sila kaji kesasihan sesuatu maklumat, sebab kalau kita post something tanpa kita mengetahuinya, maka kita telah memfitnah @ menipu secara tidak sengaja. So please reconsider about the information. TQ~

Diary oF Mine said...

alhamdulillah...sy xguna lg... :) tq info~ :)

manis said...

En Alif : Mungkin ada benarnya pendapat awak. Info ni saya ambil dari blog darulruqiyyah oleh ustaz yang mengamalkan perubatan Islam. Boleh klik tulisan SUMBER di atas ye.

Saya bukanlah Ustazah atau alim ulama & saya tak dapat nak menjawab pertanyaan en.Alif. Jadi bila ada perkara yang perlu saya & semua perbaiki tak salah kalau kita berkongsi. Mungkin tak semua orang pergi ke blog-blog Ustaz & Ustazah. Dengan cara saya berkongsi di blog, saya dah menyampaikan pada orang lain.

Jika ada kekeliruan, mohon En.Alif rujuk pada Ustaz, Ustazah & alim ulama ya. Saya hanya memanjangkan dakwah mereka sahaja.

Terima Kasih. Mohon maaf jika maklumat saya ini adalah palsu belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...