Thursday, February 2, 2012

Info menarik : Tambahan 1 hari waktu kesuburan wanita

Ceritanya begini...
Dua hari lepas aku ke klinik untuk bertemu dengan doktor bagi menjelaskan tentang kekeliruan dan permasalahan aku berkaitan dengan kesuburan. heeee...

Tujuan sebenarnya...
Hati terlalu kepingin menimang cahaya mata. Sudah setahun enam bulan perkahwinan masih belum menunjukkan tanda-tanda aku bakal menjadi ibu. Walaupun aku sedar rezeki itu datangnya dari Allah. Tapi tak salah kalau kita berusaha kan??

Ok, stop ayat formal.

Bila dah pergi klinik cakap itu ini, doktor scan rahim aku. Timbang berat & ketinggian, kemudian tengok tarikh period tiap-tiap bulan. Doktor cakap semua ok. Haa semua ok?? Oh tak tak, doktor cakap maybe berat badan mempengaruhi. Kekeke...Jadi sebagai langkah pertama doktor suruh aku makan ubat kat bawah ni selama sebulan. Sebulan lepas habis makan ubat ni, kena jumpa dia lagi. Semuanya ada 30 biji, 2 biji tiada dalam gambar sebab dah kena makan. Ohh lupa nak letak tadi, harga kapsul 30biji ni RM120.

Ni ubat buang lemak. Kena makan sebelum makan tengahari.. =D

Info anda harus tau

Sebelum keluar dari bilik doktor, doktor tu tanya.. "awak tau bila waktu subur?". Aku jawab "hari ke-14 kan".

Lepas tu doktor suruh aku duduk balik, dia bagitau pasal waktu subur. Memang betul waktu subur antara hari ke-11 hingga ke-14 (eh betul tak?) lepas tu dia bagi satu lagi hari yang memang takde dalam buku.

Doktor tu cakap, dia dapat info ni dari pesakit-pesakit yang selalu cek dengan dia. Hari ke-21 pun merupakan hari kesuburan. Dia cakap dia pun tak tau kenapa hari ke-21, mungkin ada rahsia. Sapa-sapa yang ambik medic tu bolehlah buat kajian ek.

Beberapa orang pesakit yang datang bagitau diorang tak bersama sebelum hari ke-21 tu, tapi hanya sekali pada hari ke-21 dan terus lekat. Pada pasangan-pasangan yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat, mungkin info ni berguna untuk anda.


Wallahualam.
Sekian.

1 comment:

sara E a.k.a ct said...

owhhh..walaupun sy belum berumahtangga..teringin tau jugak..hehe..mahalnye ubat..tp xper..warna cntik..blue2 gtu..smoga berjaya dan dimurahkan rezeki..aminn:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...