Cerita ni aku dapat dari sebuah blog. Tiada kaitan dengan hidup aku tetapi menjadi pengajaran buat kita semua. Mari baca!
Tersentuh hatiku
Aku telah menemui sebuah rumah yg usang.Rumah berdinding buluh dan
tangganya batang kelapa. Beberpa orang anak kecil kelihatan berada di
serambi dalam keadaan letih dan lesu. Aku hampiri mereka dan bertanya
kpd yg paling tua diantara mereka iaitu seorang kakak yg berusia kira 11
tahun
"Mak pergi mana?""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Bapak...?""Bapak pergi kerja...""Habis tu adik yg kecil siapa yg jaga?"
Kelihatan seorang bayi kecil dlm lingkungan umur 5 bulan.
"Sayalah yg jaga adik."jawabnya perlahan. "
Aku
menatap wajah si kakak "Awak ada berapa orang adik beradik?
Soalku."Sepuluh""Adik ni yg ke berapa...? "Saya yg kelapan.."sambil
matanya tunduk merenung lantai papan. Aku soal lagi "Abang kamu pergi
mana..? "Tolong mak menoreh"
"Adik puasa tak
hari ni.?"Pantas ia menjawab "Sama je pakcik, puasa ke tidak...kami ni
makan sekali je sehari..." Jawabnya terus terang. Dadaku mula sebak dan
terharu, lalu aku bertanya lagi "Adik ni bersekolah di mana..?"Saya tak
sekolah ..mak dan babak tak mampu.." "bapak kerja apa.? "Tangkap ikan
kat sungai nak buat lauk bukak puasa."
Budak
itu memberi tahu, lebih baik bulan puasa berbanding bulan lain kerana
pada bulan puasa mereka dapat makan kuih...ada saja orang yang hantar.
Aku
berlalu dari situ dgn seribu keinsafan.Kebetulan di simpang jalan ada
orang menjual daging lembu. Aku beli sekilo tulang dan di kedai runcit
berdekatan aku membeli rempah sup dan 10 kilo beras utk aku sedekahkan
kpd keluarga miskin itu. Melihat barang yg aku beli anak-anak ini
menjerit kegembiraan "Yeh..yeh..yeh.!! kita dapat makan daging malam
ini...!"
Aku bertanya kpd si kakak, mengapa
adiknya sangat gembira terlompat-lompat. Jelas si kakak, sejak dari hari
raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang semula makan
daging lembu..
Seminggu kemudian aku bertandang
lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat kedatanganku mereka sangat
girang menyambutku di pintu rumah kebetulan pula ibu mereka ada di
rumah. Sungguh menyedihkan cerita yg aku dengar dari salah seorang
anaknya yang berumur 4 tahun ketika memberitahu kpd aku bahawa mereka
sudah seminggu makan sup tulang yg aku berikan hari tu
Tiap-tiap
hari mak buat sup...sedaplah pakcik" Aku bertanya kpd emaknya macam
mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai seminggu.Dia
memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia
telah berpesan pada anak-anaknya agar tidak membuang tulang yang telah
dimakan. Dia kumpul semula kesemua tulang-tulang itu dan merebusnya
semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yg dia lakukan setiap
hari.
Dia berkata"Kalau tidak dapat makan
isi...hirup air rebusan tulang dah lebih dari cukup utk anak-anak saya.
Dia orang suka sangat encik." Aku bertanya "Upah menoreh berapa makcik
dapat?""Cuma 3 ringgit sehari"" Suami makcik ...?" "Kalau dia dapat
ikan itulah yg dibuat lauk setiap hari."
Fikirkanlah
kita yg mewah ini. Banyak yang kita bazirkan. Lauk pauk tak habis....
kita buang. Ikan dalam peti sejuk 3..4 hari di buang sebab dah kurang
manisnya.Sesungguhnya kita akan lebih bersyukur apabila kita sentiasa
melihat orang yang di bawah kita dalam kehidupan di dunia yang fana ini.
Wallahualam.
Sekian.
1 comment:
:(
saye selalu mkn x abes :(
Post a Comment