Monday, February 6, 2012

Penyebab sukar hamil

Sejak akhir-akhir ni, aku sangat rajin nak search tentang kehamilan. huhuhu....
Bila baca macam-macam info memang buat otak jadi confius, ada yang macam ni, ada yang macam tu...
kat bawah ni sedikit info penyebab seseorang sukar hamil.



Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
  • Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
  • Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah.  

Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

1. Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2. Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Sumber google : tak ingat mana dapat..huhuhu


Sekian.

3 comments:

anakpakcikali said...

tringin nak ade bby.tkot xde rezeki kalau mmg x boleh mengandung :(

indobeta said...

ternyata banyak sekali masalah yang menyebabkan ibu sukar hamil

manis said...

sitihanisahali : mudah2an kita dikurniakan baby tahun ni.. =)
saya pun dah menanti setahun lebih...aminn

indobeta : ya, kena rajin cari info lepas tu kalau dh confius jumpa je doktor..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...