Sunday, April 1, 2012

Koleksi Gambar Muka Buku

Kisah ini mengenai seorang hamba Allah yang merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Dalam facebooknya banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.



Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya membunga gambar-gambar tidak menutup auratnya di facebook. Malangnya tiada siapa yang tahu password facebooknya. Jadi berkemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiarkan begitu saja menjadi tatapan umum. Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki yang bukan mahram adalah API NERAKA.

Cerita ini menjadi iktibar buat kita semua. Usahlah meletakkan gambar di laman-laman sosial terutama sekali gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Tolonglah sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya.
Semoga roh beliau akan dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.

Sumber

Wallahualam.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...