Saturday, June 2, 2012

Alhamdulillah...menang jugak akhirnya

Assalamualaikum..

Wahh lamanya aku tak update blog ni...giler busyyy. Fuh!!!
Tambah pulak internet ni bengong pulak lepas upgrade.

Tak kisahlah apa alasan pun yang penting entry hari ni nak bagitau kat korang semua yang aku berjaya mendapat tempat kedua dalam Contest Chenta Qaseh Online Hijab. Alhamdulillah.


Selalunya kalau beli barang, memang tak sabar nak bukak plastik bungkusan ni tapi disebabkan ni hadiah kenalah sabar sikit sebab nak review sekali untuk Chenta Qaseh. =)


Hadiah yang dijanjikan untuk pemenang kedua ialah RM150 hijab dari Chenta Qaseh. Dan kat atas ni sebahagian dari hadiah yang aku dapat.



Haa ni dia...ada 4 helai kesemuanya. 2 helai shawl dan dua helai tudung syria..Alhamdulillah. Dapat jugak menambah koleksi tudung kat almari tu.hehe... Dah pakai 3 helai daripadanya pun...memang tak penyabar, pantang ada benda baru..kuikuikui
Terima kasih kepada Chenta Qaseh sebab memilih saya sebagai pemenang. Walaupun tempat kedua, dah bersyukur sangat-sangat.

Sekarang ni aktiviti shopping online aku hentikan buat sementara waktu memandangkan sebelum ni tiap-tiap bulan berhabis duit jelah...sampai dah kena warning dengan asben barulah nak stop kejap. huhu.. Lepas ni nak shopping online boleh tapi kena control..uhuhu...

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...