Friday, June 8, 2012

Petua : Bebas Kulit Daripada Panau



Panau yang terdapat di tubuh boleh membuatkan sesiapa saja menjadi tidak keruan.
Kebiasaannya juga, biasa terjadi pada pelajar-pelajar sekolah atau umur di awal remaja.
Andai telah mencuba pelbagai petua namun masih tidak berjaya, bawang putih mungkin boleh membantu.

Sediakan bawang putih yang dibelah dua dan kemudian sapukan terus ke bahagian berpanau.
Kulit akan menjadi kemerah-merahan dan pedih namun itu adalah perkara biasa.

Petua ini seelok-eloknya dilakukan setiap hari iaitu ketika mandi.
Masalah panau yang dihadapi seharusnya berkurangan setelah seminggu petua ini diamalkan.

Selamat mencuba! ;)

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...