Thursday, July 26, 2012

Kahwin Mude

Rasanya sekarang ni tengah heboh kat blog-blog, tak kurang jugak kat FB tentang perkahwinan pasangan yang tersangat-sangatlah muda, Syafiq dan Yana.


Si suami berumur 16 tahun, si isteri 14 tahun. Alhamdulillah, memang ini caranya kalau nak mengelak dari buat maksiat tapi apa kesannya nanti ye?

Kalau diingat balik zaman sekolah dulu, aku belum faham 100% erti perkahwinan yang sebenar-benarnya. Yang aku tahu, kahwin tu maksudnya lelaki kahwin dengan perempuan lepas tu dapat anak. Pengisian, tanggungjawab & lain-lain (terutama hubungan intim suami isteri... =P) langsung tak tau!
Untungnya aku tau (hubungan intim) masa umur 19 tahun. Borak-borak kosong dengan member perempuan termasuklah tajuk tutt...kekeke. Nasiblah tau waktu tu, kalau tak tau sampai kahwin menangislah laki aku.kuikuikui....ehhh jangan nak marah cerita aku ni, benda ni penting tau! Sebab ini salah satu perkara yang kita kena hadapi di alam perkahwinan. =D

Zaman sekarang memang jauh beza. Budak sekolah rendah pun dah tau macam mana hubungan intim antara lelaki dengan perempuan. Banyak sangat sumber-sumber yang boleh didapati hanya di hujung jari.

Cerita pasal kahwin muda ni ada beberapa pasangan yang aku kenal setakat ni. Yang paling menarik minat aku dua pasangan ni. Satu pasangan sekarang ni dah berumur 30-an, yang satu lagi masih bersekolah. Pasangan yang dah berumur 30-an ni macam-macam cerita aku dengar, berperang tu memang dah jadi satu kemestian padahal masa kahwin dulu atas dasar suka sama suka. Kahwin masa umur belasan tahun. Orang lain sibuk belajar, dia sibuk nak buat anak.kuikuikui...

Satu lagi pasangan, budak kat sekolah. Dah ada anak sorang. Nikah lepas perut dah memboyot. Emm...kalau ada aktiviti kat sekolah, aku duk perati budak perempuan ni. Upss lupa umur budak perempuan ni 17 tahun, masa dia nikah umur 16 tahun, laki dia tua setahun. Form 4 dia berhenti sekolah. Naik Form 5, dia masuk sekolah balik. Kalau aku lah, memang tak boleh catch up silibus yang dah tertinggal banyak giler tu. Dapat laki pulak bukan jenis yang ambitious, kalau tak ambitious pun kira oklah ada rasa nak majukan diri. Ini tidak, muka dah macam muka pecah rumah aku tengok. Macam manalah masa depan budak ni. Bukannya apa kesian kat baby dia tu. Emm...

Kalau ada aktiviti kat sekolah terutama sukan, takde la pulak aku nampak dia join acara larian ke hape. Duk lah bertenggek ngan cikgu-cikgu perempuan tengok budak-budak lain lari.huhuhu...Maklumlah dah jadi mak orang. Pernah sekali aku ternampak dia jalan kat bandar dukung anak dia. Cepat-cepat aku cakap kat asben, eh tu budak kelas bla bla bla tu kan? Hahh...aku tak terfikir macam manalah dia nak handle tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak dan pelajar. Bukan tak pandai, kelas depan-depan.

Apa pun harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan muda tidak menjadi masalah untuk sebuah pasangan mengecapi kebahagian dunia dan akhirat. Kelebihan dan kekurangan kahwin muda ni memang ada, yang kahwin umur dah matang  pun banyak jugak ranjaunya inikan pulak baru nak mengenal dunia.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...