Monday, July 30, 2012

Tips Berbelanja Untuk Hari Raya



1. Jangan membeli-belah tanpa dirancang. Buat senarai barang yang perlu saja
2. Jangan berbelanja lebih daripada apa yang telah ditentukan. Jika apa yang ingin dibeli terkeluar dari budget, beli barangan lain.
3. Jangan membeli-belah lebih awal kerana kita mungkin akan panik apabila Aidilfitri semakin tiba. Berkemungkinan kita akan beli barang yang sama 2 kali.
4. Jika membeli-belah lebih awal, simpan resit pembelian. Manalah tau, nak tukar barang. Sesetengah pasaraya boleh tukar barang.
5. Bawa anak-anak sekali sekiranya nak beli keperluan mereka. Kalau mereka tak ikut, manalah tau baju terkecil ke atau mereka tak berkenan. Dah jadi satu hal.
6. Cari pendapatan sampingan jika perbelanjaan tahun ini amat ketat.
7. Jadi seorang yang kreatif. Tak payah tukar langsir tiap-tiap tahun. Hiaskan langsir lama agar nampak kelainan.
8. Kawal perbelanjaan dengan meninggalkan kad kredit, kat ATM dan pelbagai kad lagi di rumah. Bawak duit cash cukup-cukup je. Jadi boleh berjimat.
9. Beli barangan ikut keperluan bukan ikut hawa nafsu.

Ini hanyalah sekadar tips. Kalau korang ada strategi tersendiri untuk berbelanja, boleh juga digunakan asalkan ianya seiring dengan kemampuan kita. :)

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...