Friday, November 9, 2012

Apa Korang Panggil Benda Ni?

Korang pernah makan ni?


Korang panggil apa ye benda ni?
Ada orang panggil kentos, ada orang panggil tombong.
Tak pasti pulak perkataan ni dalam bahasa apa.
Tapi seingat aku tombong ni maksudnya macam ketumbuhan. Lebih kurang gitu le.

Petua untuk hilangkan bau ketiak!

Dulu masa kecik, ayahanda selalu sebut kentos. Jadi tiap kali ayahanda aku ambik kelapa kat dusun belakang rumah mesti aku menyibuk duduk kat tepi tunggu ayahanda belah kelapa. Kadang-kadang ada kentos besarrrrr sangat, kadang-kadang kecik je. Punyalah suka makan kentos.

Perasaan masa makan kentos, perghhh rasa gumbira sangat-sangat. Krup krup krup, macam makan epal. Nak kata terlalu sedap takdelah jugak tapi disebabkan dia susah nak jumpa tu yang jadi seronok tu. Dah macam main teka-teka, nak belah kelapa je teka ada kentos tak? Kalau takde, kecewaaa. Sekarang ni dah besar, dah tak heran dah.

Segelintir orang bandar mungkin tak tau kot benda ni. huhuhu...

Sekian.

3 comments:

wong xing wen said...

Boleh tau kah jenis kelapa ni?sebab selama sya buka kelapa tak pernah jumpa...

manis said...

wong xing wen, saya pun tak tau apa jenis kelapa ni. tapi sethu saya kelapa yg biasa kita guna untuk ambik santannya tu.
kentos ni jarang jumpa. :)

Anonymous said...

kelapa ni kalau dah tumbuh tunas atau daun pasti tombong ini pon ade....kelapa semua sama....http://ridwoon.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...