Tuesday, January 8, 2013

Resepi : Begedil, Buruk Tapi Sedap =D

Assalamualaikum =)

Lama benor tak jenguk sini.
Macam biasa, alasan paling kukuh setakat ni. M * L * S.
haaaa.... jeng jeng jeng.

Ok, tengahari tadi dengan rajinnya aku buat begedil. huhu
Hari tu ada beli yang frozen punya, emmm tak memenuhi selera.
Buat sendiri lagi sedap. Betul tak?


Disebabkan tak tau nak membebel apa. Kita main kongsi resepi jela ek.

Bahan-bahan :
Kentang
Serbuk perasa ayam
Garam
Bawang Merah / Besar
Daun sup
Tepung gandum
Telur

Cara-cara :
1. Kuantiti kentang ikut suka, kalau nak makan banyak, banyaklah kuantitinya. Kopek kesemuanya, kemudian potong kasar dan goreng di dalam minyak yang panas.
2. Angkat kentang setelah agak kekuningan ke dalam mangkuk besar.
3. Letak garam, serbuk perasa ayam, bawang goreng dan daun sup secukupnya. Kalau nak letak daging hancur pun boleh.
4. Lenyek kentang menggunakan pelenyek (err betul ke nih?) sampai kentang betul-betul lenyek dan hancur.
5. Ambil sedikit tepung gandum, masukkan ke dalam kentang yang telah dilenyek tadi dan gaul rata dengan hujung jari. Tak perlu terlalu banyak tepungnya, nanti terjejas rasa kentang. Kalau taknak letak tepung pun, boleh.
6. Kalau takut begedil tak rasa apa-apa, rasa dulu kentang tu. Kalau terkurang garam, tambah lagi.
7. Bentukkan kentang menjadi bulat seperti di atas.
8. Celupkan kentang yang telah dibentuk ke dalam telur yang telah dipukul.
9. Ratakan pula kentang yang telah dibentuk tadi ke dalam tepung. Pastikan tepung telah menyelubungi keseluruhan kentang.
10. Goreng di dalam minyak yang panas.
11. Angkat setelah kekuningan.
12. Sedia untuk dihidang.

Bila dah lama tak menulis ni, dah tak tau nak guna perkataan apa. Aishhh dahsyat...

Senang je buat begedil ni kan. Setengah jam dah siap dah. Sesuai di makan dengan sup, dimakan begitu saja pun sodap. ;)
Okeh, kalau rajin nak buat banyak-banyak dan nak simpan stok. Boleh goreng sekejap sebelum dia kekuningan, angkat dan letak atas tisu scott. Cehhh iklan tisu pulak! Lepas tu letak dalam bekas kedap udara, dan letak dalam freezer. Setel! Esok-esok nak makan, tinggal goreng je lagi sampai kekuningan.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...