Wednesday, February 20, 2013

Fizz Fairuz Putus Tunang?

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
Petua untuk menghilangkan bau mulut. Yakkk!!

Baru je memuji kecantikan tunang dia hari tu. Cantik memang cantik!
Takpela pengalaman mengenal hati budi orang.
Nasib baik baru tunang. Mau kalau jadi macam kes polis yang dah sampai nak nikah baru tau tunang dia isteri orang, lagi parah.

Pelik pulak macammana boleh buat majlis pertunangan kan?

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...