Wednesday, February 20, 2013

Rosyam Nor Perjelas Isu Beli Kereta Mewah


18 Feb - Pengarah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah membeli sebuah kereta mewah iaitu McLaren MP4-12.
Menurut laporan dari akhbar Kosmo!, pelakon dan penerbit berusia 46 tahun itu berkata, "Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya."
"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya saya memiliki kereta tersebut."
Jelas Rosyam, kereta tersebut sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
Dengan penjelasan ini, dia berharap selepas ini tiada lagi spekulasi berhubung perkara ini.
Pada aku kalau dia beli pun takde salahnya.
Bukan ke itu adalah hasil titik peluh dia selama ni.
Kalau aku, bukan kata harga 3 juta, 1 juta pun BELUM MAMPU nak beli.huhu

Ok, ayat BELUM MAMPU perlu dibesarkan.
Manalah tau rezeki di kala usia semakin meningkat ni & perlu ditukar kepada SUDAH MAMPU... ^^

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...