Assalamualaikum sahabat semua.
Setelah hampir 3 tahun melayari bahtera bersama
Berkali-kali juga dia terima pertanyaan yang sama
Bila lagi mahu menimang cahayamata?
Orang lain sudah masuk anak kedua
Kamu masih lagi berdua
Siapa kata dia tak penat mendengar soalan yang sama
Jawapan juga tetap sama
Siapalah dia untuk menolak takdir yang Maha Esa
Hanya doa mengiring masa
Jika anda di tempat dia
Bagaimana patut yang kamu rasa?
Usaha tak pernah putus asa
Mencari solusi pelbagai kata
Ya Allah, bantulah dia menerima dengan hati terbuka.
Sekian.