Semalam saya baca Mingguan Wanita.
Nak kongsikan sedikit info yang saya dapat dari majalah ni iaitu posisi tidur terbaik bagi ibu yang hamil.
Ibu hamil tidak boleh tidur telentang kerana posisi ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usu dan inferior vena cava.Ia meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, mengganggu pernafasan dan peredaran darah.Posisi tidur telentangpada trimester kedua dan ketiga juga akan mempengaruhi tekanan darah.Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang tidur telentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi. Kembali ke posisi mengiring.
Cara tidur terbaik ketika hamil ialah mengiring ke kiri setelah minggu ke-16 kehamilan.
Ini kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.
Ia berikutan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa makanan dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur mengiring ke kanan juga baik dan anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri untuk membuatkan tidur anda lebih selesa.
Memang betul. Bila perut dah makin besar, nak beralih dari telentang ke mengiring memang sakit pinggangnya. Sampai terasa macam cramp pulak. huhu
Sekarang ni bila baring je, saya ambil bantal peluk panjang tu. Lepas tu mengiring sambil peluk bantal tu dengan kaki sekali. Terasa sangat selesanya... ;)
Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak sulung macam saya. hee
Sekian.