Bahan-bahan:
Mihun yang telah dicelur
Bahan untuk dikisar :
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
halia (agak-agak je bape inci pun)
8 biji cili
3 biji lada merah / lada basah
segenggam udang kering
segenggam udang geragau
ikan bilis (agak-agak je bape banyak nak guna)
Bahan tambahan :
sayur sawi
fish cake yang sudah digoreng
fish ball yang sudah digoreng
cendawan
tauhu yang sudah digoreng dan dipotong dadu
lobak merah
garam
gula
serbuk ayam / serbuk perasa
Cara-cara :
1. Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
3. Biarkan sehingga bahan tadi betul-betul masak. Nak tau dia dah masak, minyak akan berkumpul kat atas dan nampak agak kering dari mula-mula tumis tadi.
4. Masukkan lobak merah, fish cake, fish ball dan tauhu. Letak serbuk perasa dan seterusnya letak air.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih.
6. Bila dah mendidih, masukkan sayur sawi dan cendawan. Biar seketika.
7. Tutup api, dan boleh dihidangkan.
Pesanan :
1. Bahan-bahan tambahan tu boleh je nak tambah apa-apa pun. Itu je yang ada kat rumah saya.hehehe.
2. Cili ikut suka nak letak berapa banyak. Kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak.
3. Selamat Mencuba!!!