Tuesday, January 10, 2012

Hukum memakai kasut tumit dan gelang kaki


Kadangkala aku tersenyum sendirian. Wanita hari nie suka sangat nak melawa tak kira anak dara ke mak janda ke.. ataupun bini orang ke. Dressingnya masyaalah..tengok sekali nak tengok lagi...Astagfirullahal A'zim

Lalu..kalau dah satu hari 100 orang lelaki bukan mahram menyaksikan susuk tubuh kita yang ramping dengan pakaian ikut potongan bertumit tinggi lagi bermakna 100 dosa percuma kita dapat. Pasai apa pulak ustaz?? Pasai apa pulak kami yang kena, patutnya lelaki mata keranjang tu lah yang kena dosa? Betoi...!depa(lelaki tu)konfem berdosa tapi puncanya datang dari mana dari kita jugak bukan??.

Bab-bab hukum nie tak boleh sporting-sporting apa yg aku rasa tak betoi aku akan tulis dalam blog aku. Hangpa nak pakai fesyen apa pun ,pakailah aku tak kisah asalkan tutup aurat. Jangan sampai fesyen baju ikut bentuk tubuh bagilah longgar sikit. Aku tulis blog ni bukan nak cari glamor atau ada unsur-unsur nak cari duit lebih..cuba tengok tak ada benda aku nak iklan dalam blog ni. Aku tak kisah kalau pengunjung blog yang rasa meluat dengan tulisan aku suka sangat kenen orang pompuan. Hangpa ludah tuih...tuih kat blog aku pun... ada aku kisah....

Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.


Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"(Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.

Sumber

Manis cakap :
Pada aku mudah jek, pakai jela sarung kaki. tak susah-susah pikir orang nampak ke tak gelang kaki tu. kadang-kadang manusia ni memang jahil, benda dah terang-terang haram tapi dibuat jugak. jangan kata yang tak belajar agama, yang belajar sampai ke mesir tu pun masih ada yang jahil. Bukan nak mengutuk tapi berlaku dalam kalangan sedara-mara aku sendiri. Bila ditegur tak pernah nak dengar sebab bagi dia, dia lebih hebat, dapat belajar sehingga ke al-Azhar. Ilmu dia lebih tinggi daripada Ustaz yang menegur dia tu, yelah katanya Ustaz kampung jerk. apa kelas kan....

Tak kisahlah Ustaz tu ustaz kampung ke bandar ke belajar kat mana ke tapi kalau diri tu dah jadi ahli agama tapi nak menyombong buat apa. Cuba terima ilmu yang orang beri...pening jugak bila fikirkan orang cenggini. Alim ulama ataupun orang yang kuat agama ni takkan meninggi diri dalam setiap perlakuan dia..kalau dia menyombong, maknanya dia belum layak untuk digelar alim ulama.

Sekian, bebelan ketidakpuasan hatiku. Terima kasih kepada ustaz yang post entry ni, suka sangat baca hasil tulisan ustaz tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...