Saturday, January 7, 2012

Aktiviti hari sabtu

Dah petang cenggini baru rajin nak bukak laptop, agaknya camne rutin blogger tegar kan? 24 jam laptop terbukak ke? Ohhh lupe, sekarang ni kan macam-macam gadget dah ada. Semua dihujung jari. Bestnya!!!

Lupakan saja mukadimah di atas. Pokok pangkal diri kita, rajin atau tak semuanya bergantung pada diri masing-masing. Kiranya aku ni kategori tak berapa rajinlah. Bukan malas ok!! keh3.

So, apa aktiviti hujung minggu korang? Tidur sepanjang hari, atau bawak anak pegi jalan-jalan, atau dating dengan kekacih hati atau atau atau apa jelah....???

Pengisian masa tu sangat penting kan? Jadi hargailah masa. Tak memasal jerk. huhu. Bukannya apa, sekarang ni aku ada projek terbaru, jadi setiap minit tu kena isi dengan aktiviti projek. Pehh, tak tau bila settle. Bulan depan dah nak start dua projek baru pulak. Projek apalah agaknya ek? Mungkin kalau tak lupa, aku update di entry akan datang.keh3.

Rasa bosan menyelubungi diri ketika entry ini ditaip. Nak bawak anak jalan-jalan, takde anak lagi.

Cukuplah untuk kali ini
Kalau buat karangan mesti dapat C
Apalagi kena denda berdiri
Tak pasal-pasal sakit kaki.

Marilah kita pergi bersihkan diri
Kelak nanti semua orang kata wangi
Aku ni nak pergi rumah mak suamiku sendiri
Terpikir-pikir nak beli apa kat tepi jalan nanti.

Ok, bye. Jumpa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...