Monday, March 19, 2012

Menu : Murtabak Maggi

Minggu cuti sekolah hari tu, aku try buat murtabak maggi.
Resepi sendiri jerk, tak tengok mana-mana pun.
Sebenarnya malas nak bukak laptop mencari-cari resepi.
Kira ok jugaklah. Bajet sedap..hehehe.
Nasib baik en.husband kata sedap...sokmo sedappp. Tak tau ikhlas ke ape..huhuhu
Tapi seronok jugak bila dipuji..


Aku pakai mee kosong jek, 2 keping, rebus atau lembutkan dulu.. kemudian letak telur, bawang besar, hirisan lada merah & sedikit serbuk perasa SEDAP..telur letak beberapa biji, aku letak 3 biji tapi rasanya letak lebih pun takpe..lagi cantik.. kalau guna mamee ke, maggi ke, cintan ke..haruslah letak perencah tu.


Sementara nak tunggu air rebusan mee mendidih, bolehlah buat kuahnya dulu.
Aku letak lobak merah & kentang jek. Kalau ada daging lagi sedap.

Apa yang perlu tentulah bahan penumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, kayu cengkih & buah pelaga..tumis dulu bahan penumis ni kemudian masukkan bawang besar, bawang putih & ikan bilis yang telah ditumbuk.

Bila dah agak garing, masukkan serbuk kari yang anda gemari. =D
Kacau-kacau kejap, lepas tu boleh letak air dan sekaligus ketang & lobak.
Masukkan garam & serbuk perasa.
Tunggu mendidih. Bila kentang & lobak dah empuk, boleh tutup api.

Ni lah hasilnya bila siap digoreng. Sepatutnya garing lagi. Disebabkan tak sabar nak makan, macam ni pun dah boleh makan. hehehe.

Cara nak goreng senang jek, pakai kuali biasa pun boleh. Goreng macam kita goreng telur dadar. Letak minyak sikit, lepas tu letak mee tadi. Agak-agaklah nak banyak mana, tunggu sekejap biar garing. Lepas tu terbalikkan. Setel!!!

Selamat mencuba! ;)

Sekian.

2 comments:

kazmyra afkar said...

macam2 boleh buat meggi ni kan.. hahaha

manis said...

tau xper... =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...