Tuesday, March 6, 2012

Pelajar sekolah kurang ajar!!!






Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang pelajar sekolah.

Seorang guru lelaki yang mengajar subjek Bahasa Inggeris telah memberikan latihan kepada para pelajar. Sambil pelajar buat latihan, guru lelaki ni pun round la kat pelajar. Bila ada soalan, dia akan jawab dan jelaskan. Tiba kat seorang pelajar lelaki ni, cikgu ni tengok pelajar ni buat kesilapan pada latihan. Jadi dia pun menegur kesilapan tu. Tak pasal-pasal keluar dialog kat bawah ni...

Pelajar : Alaaa...bangga sangatlah tu dengan ijazah dia!!

Cikgu lelaki ni terkejut. Hanya kerana menegur kesilapan pelajar, tak pasal-pasal guru ni dapat habuan macam tu.

Cikgu : Of course lah aku bangga dengan ijazah aku. Kau tu SPM pun tak lepas, nak berlagak pulak aku tegur.

Dah takde saya awak ataupun I dan U dah. Disebabkan geram dengan pelajar ni. Lepas tu cikgu lelaki tu terus membebel melepaskan geram selama 20minit baki masa terakhir. Pelajar ni adalah dari kelas pertama untuk tingkatan 5. Kelas kategori pelajar pandai.

Rupa-rupanya pelajar ni memang mulut celupar dan berlagak. Ramai lagi cikgu kena sindir macam tu. Mentang-mentang budak pandai kononnya. Jadi sekarang ni nak tengok macam mana hebatnya result SPM pelajar ni tahun depan. Perlu ke kata macam tu kat cikgu? Nak bergurau tapi tak betul!

Kenapalah pelajar sekarang ni kurang ajar?? Tak tau ke dia, tak berkat hidup kalau cikgu tak halalkan ilmu yang dah diberi. Agaknya apa tindakan yang perlu diambil?

Sekian.

4 comments:

AIRA said...

erk..crite betul ke ni??kalau betul memang biadap la student tu...x berkat ilmu..

manis said...

Aira : Cite betul :)

~CAHAYA~ said...

mungkin cikgu tu menegur kurang berhikmah kot......

manis said...

cahaya : mungkin jugak tapi budak ni mmg kurang ajar..dgn cikgu2 lain pun mcm tu jugak perangai dia..sikit masa lagi dpt surat warning la tu kot.

kalaupun cikgu tu tegur tak berhikmah, sebagai seorang pelajar tak patut ckp mcm tu kan..demi nak dapatkan ilmu yg berkat, patotnya pelajar tu kena hormat guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...