Monday, April 16, 2012

Rancangan Wajib Tonton : Undercover Boss

Kali ni aku nak share satu rancangan yang menarik untuk korang tengok.
Aku tak pasti sama ada rancangan ni dah ditayangkan kat mana-mana stesyen televisyen Malaysia (maklumlah rumah tak pasang astro). Cewahh dengar macam aku duduk kat obersi pulak...keh3

Ekceli rancangan ni aku tengok kat Channel 5 iaitu channel Singapore.
Salah satu rancangan aku dan asben suka tengok.
Sambil tengok sambil boleh berangan aku jadi big boss...fuhh bestnya! Mudah-mudahan termakbul angan-angan aku..keh3




Video yang aku letak ni adalah salah satu episod yang mana CEO 7Eleven akan turun padang ke beberapa 7Eleven untuk bekerja sebagai pekerja biasa dengan label undercover boss means tanpa pengetahuan staff 7Eleven, beliau adalah seorang CEO.

Antara tujuan yang aku tau dalam rancangan ni, untuk melihat keadaan francais perniagaan diorang termasuklah dari servis dengan pelanggan, karenah pekerja, persekitaran bangunan & macam-macam lagi.

Di akhir episod, semua staff yang telah bekerjasama & mengajar undercover boss ni akan dipanggil ke HQ untuk berjumpa dengan Big Boss. Selama aku tengok, ramai yang dapat naik pangkat. Tak kurang jugak, ada yang kena tegur sebab kualiti kerja yang tak memuaskan. Memang malulah kalau yang pemalas ni tetiba dapat tahu orang yang dia ajar sebagai pekerja baru tu adalah pemilik bisnes tu.

Ok, tu jek...Nak sambung berangan jadi bos ni.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...