Monday, June 11, 2012

Tempe & Khasiatnya

Hari ni tiba-tiba tekak nak makan tempe dengan segala jenis masakan, tak kisahlah goreng saja. Dapat kerepek tempe pun sedap jugak ni. Ya Allah, terliur. Okeh, aku memang jawa ye. =D

Disebabkan tempe takde kat rumah, jadi aku google jela. Dapat tengok gambar dulu pun okeh, esok boleh pegi cari.












Sapa yang suka tempe? Korang tau tak khasiat tempe? Disebabkan aku ni antara penggemar tempe, jadi aku carilah jugak khasiat disebalik tempe ni. Jom kita baca apa khasiatnya tu.


1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe - untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat. 

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.\

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai.

Ok, selamat menjamu selera dengan tempe. Esok harus pegi cari kerepek tempe, tempe kat pasar lepas tu goreng. Sedapnya!!! Cicah sambal kicap.

Sumber

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...