Friday, July 13, 2012

Sasha Elite Bercerai...





11 Jul – Selepas lima tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri, akhirnya bekas ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin dan suami Salyo Priyanto telah sah bercerai dengan talak satu pada Selasa.
Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman mStar, Salyo,37, yang merupakan warga Indonesia telah melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Shasha,36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik.
Salyo yang membuat lafaz dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sah dan memerintah Sasha menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Sasha dan Salyo mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan tidak mempunyai persefahaman lagi selain berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2007 ini telah dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Jason Skinner atau nama Islamnya Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 di London, namun mereka telah bercerai empat tahun kemudian.
Sumber

Labuh tudung Sasha...alhamdulillah.
Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...