Pungguk tidak terbang tinggi
Itik lagi tak terbang tinggi
Tak diluah merana diri
Umpana sebilah parang tertikam di hati
Manis mulut umpama gula
Bisa menawan si pujaan hati
Terpandang mata terus terpedaya
Apakah penipuan akan berterusan begini?
Kerap-kali hujan menyimbah bumi
Semut berlari-lari menyelamatkan diri
Kalau darah daging menikam diri
Kuatkah kita nak lawan sendiri
Laki bini asyik berlari-lari
Agar dapat meraih simpati
Kalau dari dulu tak pernah menginsafi diri
Bolehkah dia selamatkan diri
Makin hari usia makin bertambah
Senang-senang abaikan fidyah
Jumaat pulak tak pernah menjengah
Berapa banyak dosa dapat kau punggah?
Kuatkah pisau berbanding kapak
Lagi best kalau pakai minyak kapak
Dosa silam memang kau tak nampak
Jangan sampai mati kau menyusahkan mak bapak
Sampai bila nak belah kayu
Tak serik-serik kau dongakkan dagu
Jangan kau cabar kesabaran aku
Kelak nanti kau sendiri menindih paku
Manis cakap : sekadar coretan