Friday, December 23, 2011

Petang jumaat yang suram

Alhamdulillah dah 2 hari kat tempat aku ni hujan tak turun. Bukannya apa kalau asyik hujan je kain pun bertambah-tambah tak kering. Mulalah nanti dalam rumah pun dah jadi macam kedai dobi. Kalau dah tak kering jugak terpaksalah iron.

Ohh tak pandai nak membebel panjang kat blog ni.

Sebenarnya cuma nak luahkan...petang Jumaat ni betul-betul membosankan, cuaca tak panas. Nak kata hujan, tidak. Nak kata mendung pun tidak. Kesimpulannya buat badan ni jadi malas jek. Apa pun tak jalan.

Maklumlah penganggur terhormat macam aku ni memang boring je duduk rumah. Nasib baik ada 'si dia' jadi peneman.

Bila dah bosan otak ni boleh pulak tetibe rasa macam nak tukar nama blog. Tak kena langsung dengan jiwa aku yang benar-benar lemah-lembut ni.

Ehhh ehhh tentulah lemah-lembut, aku kan perempuan.. =P


Dahlah..Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...